Tuesday, October 6, 2009

cerpelai

lama sudah blog ini tidak diisi dgn kegiatan seharian hidup ku. cewah,pandai x bm? td dalam kereta effa dah ingat kan pasal belajar komsas tentang cerpelai ke apa tah. penat je dulu belajar bm kan, lepas tu tulis blog in english.maka hari ini saya akan menulis di dalam blog ini dalam bahasa melayu sepenuhnya. ok berbalik kepada kegiatan harian hidup ku.

pada hari ini saya telah lepak di kolej begitu lama sekali.hal ini kerana utk menghadirkan diri di majlis rumah terbuka besar besaran tini. selepas habis kelas saya pegi salon utk gunting dan cuci rambut bersama nadia dan zra. "kak trim,wash and blow berapa ringgit?". akak pun menjawab, "rm36 sebab basuh 18,gunting 18." terbeliak lah mata kami bertiga! mahal sungguh kedai akak tu. jadi saya pun membatalkan hajat utk gunting,basuh saja.nadia trim sikit. zra sempat berbisik "mahal nye weh".tp x mengapalah.nak pegi rumah terbuka kan?rambut kene di urus kan sedikit. bak kata syakira "raihan nak mengorat abg tini".tp malang nya abang tini x balik keje lagi td. haha.

selepas beberapa jam bertido baring di kolej melati,pada pukul 4 ptg saya nadia dan zra pergi menjemput syakira dan fie di seroja.kami pulang semula ke melati kerana saya tidak tahu jalan utk ke rumah tini. kami berarak menggunakan 6 kereta.(farah dan uchu mengetuai rombongan,terer!) tidak ubah seperti rombongan kawin. seperti yang di jangka kami sedikit sesat disini sana sehinggakan tini terpaksa menjemput kami.

sesampai di rumah tini sesi menangkap gambar bermula, dan selepas itu kesemua beberapa puluh wanita dan seorang lelaki tidak membuang masa lg dan terus makan. kenyang kami semua makan. sungguh berbaloi. ada juga kami diberi tapau sebelum pulang. sesi bergambar berterusan sampai lah ke penghujung rancangan. rugi saya x curi kamera berlensa baby pg tadi.

kesimpulannya hari ini hari yang baik.sangat baik. terima kasih kepada semua yang terlibat!

No comments: